UNIVERSITI LUAR NEGARA
Penilaian muka depan homepage universiti di United Kingdom
&
Loughborough UniversityLoughborough University meletakkan menu dibahagian tengah homepage. Terdapat separuh bulatan di bahagian kiri homepage dan di dalamnya terdapat pemandangan kampus sebagai grafik tambahan. Perlatakan menu di bahagian tengah agak baik kerana pengguna akan lebih menumpukan perhatian di bahagian tengah homepage. Homepage Loughborough University ini tidak menggunakan banyak warna dan berlatar belakangkan warna putih sahaja. Ini menampakkan homepage ini agak kosong dan kurang menarik. Penggunaan grafik hanya di sebelah kiri tanpa diseimbangkan dengan grafik ataupun tulisan lain di sebelah kanan menampakkan ia lebih berat ke arah kiri.
&
Sheffield UniversitySheffield University meletakkan menu di kedua-dua belah kanan dan kiri dan menggunakan latar belakang putih. Homepage Sheffield adalah yang paling simple di antara semua homepage yang dinilai . Homepage ini hanya menggunakan logo universiti dan sedikit tambahan grafik di setiap permulaan menu tetapi kurang baik kerana tidak difahami penggunaannya.
Kombinasi warna yang digunakan juga kurang menarik iaitu cuma warna biru, putih, kuning dan coklat. Ini mengurangkan attention pengguna kepada homepage ini dan kurang enjoable. Selain itu, tiada interface dengan pengguna seperti kata-kata yang mengalu-alukan pengguna melawat homepage tersebut seperti yang di buat oleh Homepage Universiti Utara Malaysia dengan menggukan peekataan Welcome to…..Homepage ini akan lebih menatik jika menggunakan kombinasi warna yang lebih menarik.