KELEBIHAN/KELEMAHAN UUM BERBANDING LOUGHBOROUGH UNIVERSITI DAN SHEFFIELD UNIVERSITI
Kelebihan Homepage Universiti Utara Malaysia ialah ia menggunakan bilangan warna yang lebih dan kombinasi warna yang menarik berbanding dengan Loughborough Universiti dan Sheffield Universiti yang hanya menggunakan beberapa kombinasi warna sahaja. Kombinasi warna yang digunakan olah UUM ini akan menarik perhatian pengguna untuk terus melawat dan menggunakan homepage ini.
Selain itu UUM menggunakan grafik tambahan iaitu pemandangan kampus yang menarik berbanding Sheffied yang hanya menggunakan sedikit grafik tambahan yang kurang menarik. Walaupun Loughborough Universiti ada menambahkan grafik pemandangan universitinya juga tetapi kombinasi warnanya dan latar belakangnya yang berwarna putih kurang menarik berbanding UUM mengurangkan warna putih agar tidak terlalu nampak kosong.
Homepage UUM juga terdapat perkataan "Welcome to…" menunjukkan ada interaksi dengan pengguna berbanding Loughborough Universiti dan Sheffield Universiti yang terus ke menu tanpa ada apa-apa interaksi dengan pengguna.
i KELEMAHAN
Penggunaan warna yang terang kadang-kadang tidak digemari oleh pengguna yang sukakan warna yang pudar. Ini kerana kehendak dan keperluan pengguna adalah berbeza dan pelbagai. Kadang-kadang penggunaan ruang yang terlalu penuh menanpakkan homepage ini terlalu sesakdan tiada ruang kosong.
Dalam homepage UUM juga terdapat terlalu banyak menu sehingga kadang-kadang mengelirukan pengguna tentang isi kandungannya dan akan menyebabkan isi yang berulang. Oleh kerana terlalu banyak menu menyebabkan pengguna malas untuk terus berinteraksi atau melawat laman seterusnya.