UNIVERSITI TEMPATAN
Penilaian muka depan homepage universiti tempatan.
·
& Universiti Utara malaysiaHomepages Universiti Utara Malaysia menggunakan ruang yang baik kerana setiap ruang digunakan sepenuhnya . Homepages UUM ini menggunakan pemandangan kampus sendiri sebagai grafik tambahannya. Grafik ini sangat menarik ia adalah kombinasi tiga kawasan penting di UUM iaitu kawasan akademik, kawasan kampus dan salah satu mercu tanda UUM yang paling bernilai iaitu Dewan Mas ( Mua'zam Shah). Pemandangan ini diletakkan di bahagian tengah ruang dan menu dilatakkan di kedua-dua bahagian tepi kanan dan kiri grafik tersebut. Menu ini adalah bertindih dengan grafik yang menampakkannya lebih hidup. Penggunaan menu di kedua-dua bahagian bahagian ini memberi kemudahan dan keselesaan kepada pengguna untuk memilih dengan mudah. Oleh kerana terdapat banyak menu, keseimbangan kedudukan menu di kedua-dua belah kanan dan kiri ini juga memainkan peranan yang penting untuk menjadikan homepages ini lebih menarik.
Homepages Universiti Malaya tidak menggunakan pemandangan kampus sebagai grafik latar belakang sebaliknya menggunakan kombinasi beberapa grafik lain sebagai latar belakang homepagesnya. Bagi saya kombinasi warna dan grafik UM ini sangat menarik. Penggunaan ruang adalah efficient tetapi perletakan menu di bahagian atas grafik adalah kurang baik dan jarang digunakan kerana ini mengurangkan keselesaan kepada pengguna memilih menu yang dikehendaki berbanding meletakkan menu di sebelah tepi. Pergerakan kursur ke bawah dan ke atas lebih cepat berbanding pergerakan kursur ke kiri atau ke kanan. Logo universiti yang dipaprkan pada pintu gerbang tidak ketara kerana terlalu kecil dan sukar di lihat.
Universiti teknologi Malaysia juga menghasilkan homepage yang seperti Universiti Utara Malaysia tetapi menu-menunya berada di luarkanan dan kiri grafik. Grafiknya juga adalah pemandangan kampus. Kombinasi warna adalah agak baik berlatar belakangkan warna putih. Penggunaan ruang juga baik tidak terlalu kosong dan tidak terlalu padat.
Satu kelebihan homepage UTM ini yang tida pada universiti-universiti lain ialah ia mempunyai ikon yang meminta pengguna memberi pendapat sendiri. Ini adalah baik kerana ia mewujudkan interaksi antara sistem dengan pengguna dan menimbulkan minat serta menarik perhatian pengguna untuk terus berinteraksi. Walaubagaimanapun, terdapat menu yang tidak difahami terutamanya bagi pengguna baru seperti S.P.E.C.E dan BATH. Ini menimbulkan tanda tanya kepada isi kandungan menu tersebut dan mengurangkan kefahaman pengguna. Selain itu penggunaan menu yang terlalu umum seperti Links to other Homepage mengelirukan pengguna. Menu yang digunakan sepatutnya mestilah yang mudah difahami dan tidak terlalu umum kerana kita tidak tahu siapa pengguna sistem itunanti dan kehendak pengguna adalah pelbagai.
Homepage Universiti Kebangsaan Malaysia juga menggunakan pemandangan kampus sebagau grafik tambahan. Penggunaan ruang adalah seperti UUM dan UTM juga iaitu meletakkan menu di kiri dan kanan grafik.Latar belakang homepage ini adalah seperti UTM yang menggunakan warna putih dan ruang yang digunakan tidak terlalu padat dan tidak terlalu kosong.
Universitu Kebangsaan Malaysia menggunakan dua versi bahasa iaitu bahasa Malaysia di bahagian menu sebelah kanan dan versi bahasa inggeris di bahagian menu sebelah kiri. Penggunaan dua versi ini adalah baik kerana memandangkan penggunayang akan menggunakan homepage ini adalah berbeza dan mungkin mereka tidak memahami behasa inggeris sepenuhnya. Ini memberi kemudahan dan keseronokan kepada setiap jenis pengguna.